Tuesday, May 03, 2011

:: I ::

:: Ikan Bawal Hitam ::
English: Black Pomfret
Ikan Bawal Hitam lebih murah dari Ikan Bawal Putih kerana ia mempunyai bau ikan yang lebih. Jadi seelok-eloknya, ikan bawal hitam digoreng garing dan ditambah dengan sos masam manis atau sos lain. Ia juga sesuai dijadikan kari.


:: Ikan Bawal Putih ::
English: Silver Pomfret
Ikan Bawal Putih sesuai untuk semua jenis makan. Isinya yang telah dimasak senang untuk dipisahkan dengan tulang untuk dimakan. Bagi penggemar ikan bawal putih, tidak akan mensiakan bahagian bawah sayap dan ekor yang dianggap sangat sedap. Ia boleh digoreng, dimasak bersama kuah, atau sup. Ia juga sesuai untuk dikukus bersama taucu.


:: Ikan Bilis ::
English: Dried Anchovies
Ikan bilis jenis ini merupakan antara kelompok hasil laut yang paling mendapat sambutan pasaran. Ikan bilis kecil lebih memiliki kualiti ikan semulajadi. Antara keistimewaan ikan ini adalah ianya amat garing apabila digoreng.selain itu, rasa ikan jenis ini amat lemak dan sesuai untuk apa jua aneka masakan. Apa yang lebih utama, ikan bilis jenis ini diproses dengan dua langkah. Ia direbus terlebih dahulu dan kemudian dikeringkan di bawah sinaran matahari.


:: Ikan Cencaru ::
English: Torpedo Scad
Ikan Cencaru berwarna kelabu kebiru-biruan hingga hijau pada bahagian dorsal, dan keperak-perakan pada bahagian bawah. Ikan cencaru secara popularnya dibuat masakan ‘cencaru sumbat’ , dibakar atau digoreng, dan dihidang bersama air asam.


:: Ikan Dori ::
English: Dorry Fish
Ikan ini berasal dari laut dalam Australia Selatan. Banyak dijual di pasaraya dalam bentuk fillet (potongan daging). Badannya mempunyai tompok hitam, bahagian tengah berwarna kekuningan dengan sirip-sirip tajam. Dagingnya berwarna putih dan lembut.


:: Ikan Kerapu ::
English: Grouper
Ikan Kerapu atau nama saintifiknya Epinephelus coioides merupakan sejenis ikan air masin. Ia merupakan ikan dalam keluarga Serranidae. Antara spesis ikan kerapu yg mendapat pasaran ialah kerapu tikus, kerapu harimau dan kerapu pisang.


:: Ikan Parang ::
English: Albacore Tuna
Ikan Parang ialah sejenis ikan tuna yang sangat berperisa dan mempunyai isi yang paling cerah dalam keluarga spesis tuna. Ia selalunya lebih mahal dan kadang-kala ikan parang yang ditinkan dipanggil 'tuna putih'. Isinya lembut dan rapuh, dan seperti ikan tuna yang lain, is mempunyai kandungan lemak yang tinggi.


:: Ikan Patin::
English: Silver Catfish
Ikan Patin atau nama saintifiknya Pangasius Sutchi adalah spesis ikan air tawar jenis meserba yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong. Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut.


:: Ikan Siakap ::
English: Barramundi
Ikan Siakap merupakan ikan air tawar. Ikan Siakap merupakan ikan pemangsa. Ikan Siakap mendiami sungai, dan kuala sungai. Diet utamanya adalah anak-anak ikan (termasuk anaknya) dan juga udang, serangga kecil seperti cengkerik, dan cacing.


:: Ikan Tenggiri ::
English: Spanish Mackarel
Ikan Tenggiri mempunyai isi yang sedikit gelap tetapi paling sedap di dalam keluarga Mackerel. Ikan Tenggiri ialah antara ikan yang paling kata dengan Omega-3, yang sangat berguna untuk kesihatan. Ikan Tenggiri senang diambil isinya, dan sangat sesuai untuk dibakar, dikukus, direbus, digulai, atau digoreng.


:: Ikan Tongkol ::
English: Albacore Tuna
Ikan tongkol atau dalam bahasa latinnya adalah Thunnus maccoyii mempunyia daging yang padat dan mudah diolah menjadi berbagai menu makanan sehingga ikan ini menjadi pilihan yang tepat untuk menjadi menu makanan sehari-hari. Selain itu, ikan tongkol juga memiliki kandungan protein yang tinggi dan sangat elok dimakan oleh oleh anak-anak dalam masa pertumbuhan.


:: Ibu Roti ::
English: Yeast
Ibu roti atau yis merupakan pemangkin di dalam proses pengawetan atau penapaian. Ia penting di dalam pembuatan roti. Kegunaan bahan penaik ini adalah untuk mengeluarkan gas yang menyebabkan roti ‘naik’.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.