:: Nozzle ::
Berbentuk seperti kon kecil yang digunakan untuk menghasilkan corak atau bentuk yang menarik.
:: Nashi ::
Juga dikenali dengan buah pir Asia. Buah ini mempunyai rasa antara epal dan pir dan bentuknya serta kerangupannya juga kombinasi daripada buah pir dan epal. Sangat sesuai dibuat salad buah-buahan.
:: Nangka::
Nangka merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Artocarpus heterophyuus Lam. Pokoknya menghasilkan buah yang boleh dimakan. Nangka banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Tumbuhan ini berasal dari India dan Asia Tenggara. Antara tumbuhan dalam famili nangka ialah cempedak dan sukun.
:: Nasi Himpit ::
Nasi himpit merupakan sejenis makanan tradisional dari beras yang sering dimakan bersama kuah kacang. Ia juga sering dimakan bersama hidangan sate.
:: Nanas::
Nanas ialah sejenis tumbuhan tropikal. Ia dalah tumbuhan asli berasal dari Brazil, Bolivia, dan Paraguay. Tumbuhan ini berada dalam kumpulan bromeliad (Famili Bromeliaceae), tumbuhan yang rendah saka bak herba (herbaceous perennial) dengan 30 atau lebih daun yang panjang, tajam mengelilingi batang yang tebal. Buahnya dikenali sebagai pineapple dalam bahasa Inggeris kerana bentuknya yang seperti pokok kon pain. Perkataan asal orang Tupi untuk buah ini ialah anana, yang bermakna "buah yang sangat baik". Nanas mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan bromelain (digunakan untuk melembutkan daging). Ia juga mengadungi asid sitrik yang berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.