:: Zukini ::
English: Zucchini
Zucchini menjadi asas kepada pelbagai masakan, dari sos pasta kepada hidangan utama. Tidak seperti timun, zucchini selalunya dimasak sebelum dihidang. Ia boleh disediakan dengan berbagai teknik masakan seperti stim, rebus, celur, panggang, bakar, goreng, atau dimasukkan bersama resepi lain. Kulitnya tidak dikupas. Zucchini boleh dimasak dengan mentega atau minyak bijan, bersama herba atau tidak. Memasak zucchini dengan minyak atau mentega membolehkan jusnya menjadi pejal ketika zucchini hampir masak dan airnya sudah tersejat. Zucchini yang dimakan mentah akan dihiris halus sebelum dimasukkan ke dalam salad.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.