Wednesday, November 27, 2013

Kek Keju Meleleh

Bahan2nya:
Bahan Untuk Kek:
6 biji telur - dibuang 2 putihnya
100gm gula halus
100gm tepung Hong Kong (Blue Key Superfine pun boleh juga)

60gm tepung jagung
50gm air sejuk (dari peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovalette
75gm mentega - dicairkan

Esen vanila

Bahan Untuk Krim:
1 kotak cream cheese Philadelphia
1/2 tin susu pekat manis (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2)


Bahan Untuk Topping:
1/2 kotak Kraft Cheddar Cheese - diparut


Cara2nya:
  1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
  2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih. Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
  3. Sedikan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dengan sedikit butter.
  4. Bakar  dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit hingga ke 1 jam, dengan kepanasan 150 darjah celcius.(saya bakar 1 jam lebih: ikut oven masing2)
  5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong ditengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
  6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  8. Akhir sekali taburkan cheese Kraft yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.(Guna mata parut yang halus).
  9. Masukkan dalam peti sejuk dalam 1-2 jam. Selepas itu barulah dipotong.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.