Tuesday, May 03, 2011

:: A ::

 :: Aachar :: 
English : Aachar
Sejenis jeruk India yang pedas. Diperbuat daripada sayur-sayuran, mangga, kapur, lada hijau dan sebagainya.


:: Agar-agar :: 
English : Jelly
Agar-agar adalah ‘gelatin’ sayuran yang dihasilkan daripada rumpai laut yang diproses dengan merebus dan dikeringkan. Kelebihan utama agar-agar adalah ia akan keras tanpa perlu disejukkan dan tidak akan cair di bawah suhu panas tropika. Ia dijual dalam bentuk jaluran kering yang telah dibasuh atau dalam bentuk serbuk. Ia boleh digunakan untuk membuat jeli, puding dan kastard. Agar-agar digunakan sebagai bahan asas mudah dalam hidangan pencuci mulut atau manisan. Agar-agar adalah 80% serat oleh itu ia berfungsi sebagai pengatur usus yang bagus.


:: Aioli ::
English : Aioli
Mayones bawang putih


:: Albumen :: 
English : Albumen
Putih telur


:: Aprikot Hunza :: 
English : Hunza Apricots
Aprikot Hunza tidak seperti aprikot oren yang lain. Ia lebih kecil, bulat dan keras, dengan mempunyai warna kuning air seperti sebiji kacang walnut. Ia didapati daripada pokokpokok aprikot liar di lembah Hunza, Kashmir, Afghanistan dan Turki. Buah tersebut ditinggalkan di atas pokokpokok untuk dijemur sebelum menuai. Ia tidak boleh dimakan mentah, tetapi perlu direndam dan dimasak sebelum makan.


:: Asam Boi :: 
English : Assam Boi
Asam boi sedap jika dicampur dalam jus epal hijau,jus kedondong(orang kedah panggil buah amra) atau dicampur bersama limau kasturi.


:: Asam Jawa :: 
English : Sour Java
Asam Jawa atau nama botaninya Tamarindus Indica merupakan pokok ulam yang terdapat di hutan Malaysia. Asam Jawa merupakan sejenis ramuan masakan yang terkenal di kalangan masyarakat melayu.


:: Asam Keping :: 
English : Tamarind Slices
Asam Keping dikenali juga dengan nama asam gelugur adalah sejenis tumbuhan uang terdapat di hutan Malaysia. Digunakan dalam masakan untuk menghasilkan rasa yang masam.


:: Ayam :: 
English : Chicken
Ayam ialah ternakan yang popular dijadikan makanan lauk pauk utama di Malaysia. Selalunya terdapat beberapa jenis ayam dan yang utamanya adalah ayam daging (yang diternak untuk isi dagingnya) serta ayam telur (yang diternak untuk mendapatkan telurnya). Tiada batasnya memasak ayam - ia boleh dimasak dengan apa cara sekalipun - goreng, rebus, bakar, sup, gulai, panggang, dan sebagainya. Ayam juga banyak diproses untuk dijadikan bebola ayam, pati burger ayam, sosej ayam, dan nuget ayam.


:: Aloe Vera :: 
English : Aloe Vera
Aloe vera mampu membantu kesuburan dan keperluan tubuh badan khusus untuk mencegah penyakit seperti ulser perut, diabetes dan senggugut ketika kedatangan haid. Di samping itu, ia mempunyai formula semula jadi yang berkesan sebagai anti penuaan, anti ulser, anti jangkitan dan anti terhadap diabetes. Apa yang pasti, ia turut digunakan untuk menghasilkan pelbagai produk makanan dan minuman kesihatan. Misalnya jus aloe vera mampu menghilangkan kesan gas dan membina semula sistem imunisasi di dalam perut.


:: Anggur :: 
English : Grape
Anggur adalah buah yang tumbuh dari batang pokok menjalar berkayu dalam keluarga Vitaceae. Anggur tumbuh dalam gugusan 6 hingga 300 tangkai, dan terdapat dalam warna hitam, biru, keemasan, hijau, ungu, merah, merah jambu, perang, kuning kemerahan atau putih. Ia boleh dimakan mentah atau digunakan untuk membuat kismis, jem, air anggur, jeli, wain dan minyak biji anggur. Penanaman anggur dilakukan di ladang anggur, dan dikenali sebagai vitikultura. Daun anggur itu sendiri boleh dimakan dan digunakan bagi menghasilkan hidangan dolma. Khasiat Anggur adalah seperti Kandungan vitamin C yang tinggi, Khasiat lain termasuk vitamin A, B1, B2, mempunyal kalori yang rendah. Mengandungi 80 peratus air dan sumber yang bagus bagi kalium,Mengandungi phytonutrien, bahan aktif dipercayai melindungi badan manusia daripada bahan dan penyakit jantung.


:: Asparagus :: 
English : Asparagus
Asparagus dikenal sebagai sayuran yang lazat. Ternyata sayuran dalam bentuk rebung ini berkhasiat obat. Kandungan kimia zat berkhasiatnya dapat mengatasi berbagai gangguan kesehatan dan yang terpenting untuk menghambat pertumbuhan sel kanker. Asparagus ada beberapa macam. Yang biasa disayur adalah asparagus dengan nama ilmiah Asparagus officinalis varitas altitis dan varitas miritinus. Ada lagi asparagus spengeri. Sedangkan yang dimanfaatkan untuk obat adalah Asparagus cleriilus untuk obat pelancar air seni dan obat mencret serta impotent. Sedangkan Asparagus racemosus untuk penyakit paru-paru dan tenggorokan.


:: Alfalfa ::
English : Alfalfa
Alfalfa ataupun Lucerme adalah antara tumbuhan perubatan yang sangat terkenal di seluruh dunia sebagai bapa kepada semua makanan. Kegunaan tumbuhan ini sudah lama dikenalpasti iaitu sejak zaman kuno lagi. Ketika itu Alfalfa ditanam sebagai makanan kepada binatang ternakan seperti kuda, lembu dan sebagainya. Alfalfa adalah sejenis tumbuhan kacang yang berakar panjang menyerap banyak zat makanan yang jauh ke dalam tanah. Ia menjadi gudang untuk banyak vitamin yang penting seperti Thiamin (B1), Riboflavin (B2), Niasin (B3), Piridoksin (B6), vitamin A, E dan asid pantotenik. Mineral yang ditemui dalam Alfalfa ialah kalsium, besi, mangan, magnesium, kuprum dan zink. Daun Alfalfa membawa kebaikan yang lebih berbanding dengan bahagian-bahagian lain. Daun Alfalfa akan dikeringkan dan dijadikan tepung untuk menjadikannya sebagai ubat. Ubat yang diperbuat daripada Alfalfa mampu mengubati penyakit sakit sendi, kepenatan, kelesuan, dan kegemukkan yang berlebihan. Selain ini Alfalfa juga sesuai untuk mengubati pelbagai jenis penyakit yang lain yang bersesuaian dengan kandungan vitamin-vitaminnya.


:: Amaranth :: 
English : Amaranth
Turut dikenali bayam Cina atau callaloo dalam masakan Carribean. Callaloo adalah sejenis tanaman yang tinggi dengan dedaunan yang banyak dan menghasilkan beribu-ribu biji benih. Daun dan biji benih boleh dimakan. Daunnya rasa manis. Boleh dimasak atau dijadikan salad.


:: Arugula ::
English : Arugula
Sejenis sayur yang berdaun hijau gelap. Mempunyai rasa yang agak pedas dan biasanya dijadikan salad. Juga dikenali sebagai rucola dan rugula.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.