Friday, May 06, 2011

Air Asam

Bahan A
Asam jawa [sebesar telur ayam]
(direndam ¾ cawan air dan buang biji)
2 biji cili padi merah [nak pedas boleh tambah]
½  biji tomato
½ biji bawang besar (merah)
1 ulas bawang putih
1 inci belacan
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
½ sudu kecil ajinamoto

Bahan B
½  biji tomato
½  biji bawang besar
4  biji cili api hijau
2  biji cili api merah
Air limau nipis (kalau nak rasa masam lagi. Saya x letak)

Cara
1. Pastikan asam jawa tiada biji.
2. Masukkan Bahan A ke dalam blender & kisar sampai halus. Jangan tambah terlalu banyak air (cukup air yang digunakan untuk merendam asam jawa kerana nanti air asam terlalu cair).
3. Tomato, bawang besar & cili api dipotong dadu.
4. Gaulkan Bahan A bersama Bahan B.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.