Tuesday, May 17, 2011

Char Kueh Teow

Bahan-bahan:
80 gm Kueh teow (1 org makan)
1 sudu besar bawang putih (dikisar halus/ dicincang halus)
1 sudu besar cili boh
3 ekor udang besar
100 - 200 gm kerang rebus (5 ketul jer)
½ sudu besar kicap manis
½ sudu besar kicap masin
½ sudu besar kicap pekat
½ sudu besar sos ikan

½ sudu kecil garam
1 biji telur ayam
Taugeh
Sedikit Kuchai (dipotong panjang 2 inci)
1 - 2 sudu besar minyak masak

Cara-cara
1.       Panaskan kuali dan letakkan minyak memasak. Gunakan api yang sederhana.
2.       Masukkan bawang putih, cili yg diblend (kisar) dan udang basah.
3.       Kemudian masukkan kicap-kicap manis, masin, pekat dan sos.
4.       Kacau campuran itu tadi hingga sebati dan kemudian masukkan air.
5.       Biarkan hingga campuran mendidih dan kemudian masukkan telur.
6.       Kacaukan kuah itu tadi sehingga telur hancur. Masukkan 5 ketul kerang rebus tadi.
7.       Masukkan garam, kueh teow (satu genggam sahaja), sayur kuchai dan juga taugeh.
8.       Biarkan ramuan serasi selama 1 minit dan kemudian boleh dihidangkan panas.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.