Thursday, May 16, 2013

Daging Masak Merah Ala Thai

Bahan2nya:
500 gm daging batang pinang
1 sudu besar cili boh
3 ulas bawang putih - dketuk
1 biji bawang besar - dipotong 6
4 cili padi - diketuk
4 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos ikan
1 biji buah tomato - dipotong 6
Daun bawang - tabur di atas daging
Sedikit pewarna merah star brand
Sedikit air
Sedikit minyak

Cara2nya:
  1. Daging dibersihkan kemudian direbus dengan sedikit pewarna merah hingga empuk. Angkat dan hiris daging tadi nipis2.
  2. Masukkan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali.
  3. Goreng daging tadi goreng sekejap dengan api perlahan (jangan garing sangat). Angkat daging dan masukkan ke dalam pinggan, ketepikan.
  4. Tumiskan pula cili boh, bawang putih dan bawang besar. Kacau sehingga layu. Kemudian masukkan daging tadi. Kacau hingga rata.
  5. Masukkan semua sos dan sedikit air. Bila kuah mendidih masukkan buah tomato dan cili padi.
  6. Kacau seketika dan tutup api. Taburkan daun bawang diatas daging dan bolehlah dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.