Tuesday, May 31, 2011

Makanan Ibu Dalam Pantang

Kadang2 kita sering terlupa, petua orang dulu2 ada khasiatnya. Janganlah kita pandang sebelah mata saja sebab kita dah anggap diri dah moden, semua pantang larang orang tua tak perlu diikut. Sini hanya disenaraikan jenis pemakanan yang selalu diberi kepada ibu yang baru bersalin. Terpulang pada persepsi masing2....


Jenis Ikan Dilarang Makan

Ikan berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang dan parang kerana takut bisa atau bentan pada pintu rahim.
Ikan yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan seperti ikan kembung, tamban, cencaru, tongkol, udang, sotong dan kerang.




Jenis Ikan Boleh Dimakan

Ikan yang digalakkan ialah seperti tenggiri, talang kering, ikan bilis, gelama, bawal putih, ikan merah, haruan dan yu. Ikan haruan dipercayai boleh memulihkan luka dalaman dan luaran. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat memperbanyakkan susu ibu.




Ulam-ulaman Boleh Dimakan

Ulam berkhasiat dan sesuai dimakan para ibu ialah seperti daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.
Selain daripada yang mudah didapati seperti serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia juga elok dimakan sebagai ulam.




Jenis Sayuran, Minuman dan Buah2an Dilarang Makan

Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, jering, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai serta terung.
Minuman yang harus dielakkan seperti minuman bergas, sejuk serta tajam seperti tebu, cincau, kelapa muda, serta buah-buahan seperti nenas, jambu belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kaju, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan ini dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi.




Jenis Sayur Boleh Dimakan

Sayur yang boleh dimakan adalah seperti sawi, lobak merah dan lobak putih.




Jenis Ayam dan Burung Boleh Dimakan

Disyorkan makan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam dibuang kulitnya lalu dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh.
Burung merpati dan puyuh juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.