Saturday, September 10, 2011

Ayam Kukus Halia

Bahan2nya:
½ ekor ayam (lebih elok ayam kampung)
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 ulas bawang merah
Lada hitam yang ditumbuk/ lada sulah
Garam
Sedikit serbuk perasa (kalau mahu)
1 sudu besar minyak bijan

Cara2nya:
  1. Sediakan periuk kukus, masak air dahulu. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia.
  2. Perapkan ayam tadi dengan bahan tumbuk, lada hitam, garam dan serbuk perasa. Masukkan minyak bijan dan gaul rata. 
  3.  Akhir sekali kukus sehingga ayam masak. Elok dimakan ketika panas.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.