15 biji cili padi hijau (ikut citarasa masing2)
1 biji cili merah
1 biji cili merah
2 inci kunyit hidup
(Semua bahan di atas ditumbuk, kemudian digaul bersama dua senduk tempoyak)
Ikan Patin Sangkar dalam 800g - 1 kg (dipotong dan dibersihkan)
1 helai daun kunyit - dicarik2
Air secukupnya
Garam & gula secukup rasa
Cara2nya:
Cara2nya:
- Masukkan ikan ke dalam periuk dan masukkan air agak agak tenggelam ikan.
- Masukkan serai dan tempoyak yang telah digaul dengan kunyit & cili.
- Panaskan di atas dapur.
- Apabila sedikit pekat, masukkan daun kunyit, garam dan gula secukup rasa.
Nota:
- Kalau ikan patin sangkar, tidak perlu dibasuh dengan limau nipis/asam jawa sebab ikan sangkar tidak berbau dan rasanya lebih sedap berbanding patin kolam.
- Mestilah dicuci bersih sehingga hilang darah disekitar tulang ikan supaya tidak menjejaskan rasa.
- Tempoyak jika terlalu masam, boleh ditambah dengan sedikit gula.
- Daun kesum & bunga kantan boleh digunakan bagi menggantikan daun kunyit. Cuma bau gulai tempoyak nanti akan sedikit berbeza.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.