Friday, November 25, 2011

Kuih Cik Mek Molek

Bahan2nya:
4-5 biji ubi keledek warna oren
1 cawan tepung gandum (sebenarnya sukatan ni subjektif..kalau ubi tu besar-besar may be 1 cawan tepung tak cukup..pendek kata sukatan ni bergantung kepada tangan orang yang menguli)
Gula pasir
Minyak untuk menggoreng


Cara2nya:
1.       Ubi keledek direbus dengan sedikit garam dan air hingga empuk. Bila dah empuk, angkat, tos, kupas kulitnya dan dilenyek.
2.       Ulikan bersama tepung gandum hingga menjadi doh yang sesuai, tak melekat ditangan. Tapi harus diingat terlalu banyak tepung akan menyebabkan kuih menjadi keras.
3.       Ambil sedikit doh tadi dan dibuat bentuk bulat dan dileperkan (macam gaya nak buat kuih karipap gitu) dan diletak 1 sudu teh gula pasir. Bentukkan kuih menjadi bujur (macam karipap, cuma tepinya tidak dikelepet macam karipap). Buat hingga habis.
4.       Goreng dalam minyak yang penuh hingga garing. Biarkan sejuk dulu baru dimakan sebab takut gula yang panas akan melecurkan mulut.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.