Friday, November 25, 2011

Kueh Teow Kungfu

Bahan2nya (Utk. seorang makan):
:: Kueh Teow ::
Secekak Kueh teow
1 biji telur
Lada sulah
Secubit garam

:: Kuah ::
2 ulas bawang putih - diketuk & dicincang halus
4 biji cili padi hijau/ merah - diketuk
Sedikit Putik jagung - dipotong menyerong
Sedikit Kailan
Sedikit Cendawan Hitam - direbus hingga lembut (x letak pun x pe)
Sedikit Kubis cina
Sedikit Bunga kubis - klau x de, letak kubis bulat pun x pe
Sedikit Udang
Sedikit Sotong
Air
Air Tepung Jagung - utk memekatkan kuah
Serbuk Pati Ayam
Garam secukup rasa
Sedikit daun sup & bawang goreng - untuk hiasan

Cara2nya:
:: Kueh Teow ::
1.       Pukul telur bersama garam dan sedikit lada hitam/ putih di dalam gelas.
2.       Masukkan kueh teow hingga 3/4 gelas.
Tuang dalam kuali yang dah diletakkan sedikit minyak. Tatakan kueh teow supaya menjadi sedikit nipis.
3.       Balikkan supaya kedua-dua belah masak.
4.       Masukkan dalam pinggan yang sedikit melengkung.

:: Kuah ::
1.       Tumis bawang putih hingga sedikit perang.
2.       Masukkan sedikit air. Kemudian masukkan udang dan sotong.
3.       Tuangkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dalam kuali.
4.       Masukkan cili padi, cendawan hitam dan sayur-sayuran. Perasakan dengan sedikit serbuk pati ayam dan garam.
5.       Biarkan kuah sedikit pekat, kemudian tuangkan ke dalam pinggan berisi kueh teow tadi (kalau nak lebih kuah boleh tambah lagi air).
6.       Tabur daun bawang dan bawang goreng di atas kueh teow yang telah masak tadi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.