Tuesday, January 31, 2012

Ayam Pandan

Bahan2nya: (untuk 3 - 4 orang)
½ ekor ayam (1kg)
3 biji bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
½ inci halia - dikisar
½ inci kunyit - dikisar
½ inci lengkuas - dikisar

2 batang serai - dikisar
1 sudu kecil ketumbar - dikisar
1 sudu kecil jintan manis - dikisar
8 biji cili padi hijau - dikisar (pedas ikut suka)
2 sudu besar santan pekat (optional)
1 sudu besar madu
Garam, gula dan ajinamoto secukup rasa
Daun pandan - pilih yang besar2 dan panjang supaya mudah bila nak membalut ayam



Cara2nya:
  1. Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil.
  2. Gaul bahan2 yang dikisar dengan ayam, madu, santan, garam, gula dan ajinamoto. 
  3. Perap ayam selama 2 - 3 jam agar rempah meresap ke dalam ayam tadi.
  4. Selepas 2 - 3 jam, bolehlah buat poket dengan daun pandan dan masukkan ayam ke dalam poket tu. Balut ayam dengan daun pandan. Cara membungkusnya macam nak buat ketupat palas.
  5. Cucuk ayam yg telah siap dibungkus dengan lidi supaya ayam tak terkeluar masa menggoreng nanti. Potong lebihan hujung daun supaya kemas. 
  6. Siap bungkus, goreng hingga kuning keemasan dengan menggunakan api sederhana. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.