2 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
3 ulas bawang merah - ditumbuk lumat
1 inci halia - ditumbuk lumat
1 sudu besar cili boh - tahap kepedasan bergantung kepada citarasa masing2
1 peket serbuk kari ayam/daging babas - dicampur dgn ½ cawan air
1 sudu kecil serbuk kunyit adabi
Sepelepah daun kari
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
6 ekor udang galah - boleh digantikan dgn udang harimau
6 biji fish ball - dibelah 2
1 keping fish kek - dipotong
6 biji tau pok (tauhu kering) - dibelah 2
Santan kelapa secukupnya
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Garam & ajinamoto secukup rasa
Bahan2 Lain:
2 bungkus mee kuning - dicelur
Taugeh - dicelur
Daun sup/ bawang
Bawang goreng
Cili Merah - dihiris
Limau kasturi - dibelah 2
Cara2nya:
1. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih seketika.
2. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari. Tumis hingga naik bau.
3. Tumis serbuk kari yang telah dicampur dgn ½ cawan air, serbuk kunyit dan cili boh sehingga pecah minyak dan warna sedikit gelap.
4. Masukkan air asam jawa dan udang. Kacau seketika.
5. Kemudian masukkan santan secukupnya dan biarkan mendidih. Jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air. Perasakan garam dan ajinamoto sambil dikacau selalu supaya kuah x pecah minyak.
6. Apabila sudah mendidih dan hampir masak, masukkan fish ball, fish kek dan tau pok. Biarkan mendidih sekali lagi dan lepas tu bolehlah ditutup api.
7. Hidangkan mee kuning bersama dengan kuah dan bahan hiasan yg lain.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.