Saturday, February 04, 2012

Ikan Tenggiri Goreng Berserai

Bahan2nya:
4 keping ikan tenggiri
** dicuci bersih, gaulkan dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng hingga kuning keemasan, angkat , toskan minyaknya dan ketepikan.

2 batang serai - dititik
1 sudu besar lada hitam - ditumbuk
2 sudu besar asam jawa - diramas dengan sedikit air
1 kiub ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar:
3 cm halia
10 tangkai cili padi
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai - ambil bahagian bawah sahaja
**Kesemua bahan di atas dikisar dengan sedikit air

Cara2nya:
  1. Tumis bahan2 yang dikisar hingga wangi. Masukkan serai yang telah dititik dan tambahkan air asam jawa secukupnya. Biar hingga kuah merenih.
  2. Masukkan lada hitam dan kiub ikan bilis, biar sehingga mendidih.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan ikan yang telah di goreng tadi. Masak selama 20 minit agar ikan meresap kuah dan kuah kering sedikit.
  5. Angkat dan sedia dinikmati bersama nasi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.