Tuesday, November 20, 2012

Kek Span Pandan

Bahan2nya:
150gm tepung super fine
150gm gula kastor
5 biji telur gred A
15ml @ 1 sudu besar ovalette
80ml air daun pandan
80ml minyak/mentega cair
5ml @ 1 sudu teh pes pandan
5ml @ 1 sudu teh serbuk penaik
Sedikit pewarna hijau

Cara2nya:
  1. Satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi. Tapi nie terletak kepada kelajuan pengadun.
  2. Perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. Tuangkan minyak/mentega cair ke dalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 8 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuang adunan dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 1500C-1800C.
  5. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek lebih kurang 5 minit bagi mengelakkan kek kempis.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.