Wednesday, May 16, 2012

Apam Beras

Sumber: Kak Wana (PotretKasih)

Bahan-bahan (blh dpt dlm 32 biji acuan kuih lompang)
1 cawan nasi
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras cap bunga teratai @ 3 ekor gajah
¾ cawan gula pasir
1 ¼ cawan air
1 sudu kecil yis kering (mauripan)
sedikit serbuk pewarna hijau
sedikit minyak masak (lengser acuan kuih lompang)
kelapa parut (putih sahaja) digaul dgn sedikit garam (kukus sekejap supaya x cepat basi)

Cara Penyediaan
1.       Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit... Blend sampai betul2 halus)
2.       Setelah hancur, campur gula pasir ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3.       Dlm bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
4.       Selepas itu, masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5.       Bahagikan adunan tadi kepada 2 bahagian. 1 bahagian x letak pewarna, 1 lagi bahagian letak sedikit serbuk pewarna hijau.
6.       Perap adunan tadi dlm bekas bertutup selama 3 jam.
7.       Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
8.       Sapukan sedikit minyak pada acuan kuih lompang.
9.       Masukkan adunan tadi dlm ¾ penuh acuan dan kukus selama 20 minit guna api kecil.
10.   Hidang bersama kelapa yg telah digaul dengan sedikit garam.

Tips:
Kalau nak kan permukaan apam cantik dan tak terbelah sila guna api kecil semasa mengukus… tapi … Kalau suka permukaan apam tu terbelah dan tersenyum mekar boleh gunakan api besar semasa mengukus… terpulanglah pada citarasa masing2.

Tips Galakan:
Apam yang siap dikukus dan dikeluarkan daripada acuan hendaklah dibiarkan sejuk sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam bekas bertutup atau plastik yang di'seal' dan dimasukkan ke dalam bahagian beku peti ais.Apam yang dibekukan tahan berbulan dan boleh dikukus semula apabila ingin dinikmati.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.