Saturday, March 10, 2012

Aiskrim Strawberry

Bahan2nya:
4 biji kuning telur
1 sudu besar tepung jagung
100gm gula castor
2 cawan susu (lemak berkrim)
Perisa strawberry (strawberry emulco)
250gm whipping cream (non diary)
1 biji buah strawberry - dicincang halus

Cara2nya:
  1. Panaskan susu dengan api sederhana.
  2. Dalam bekas lain, masukkan tepung jagung dan ambil sedikit susu yang sedang dipanaskan itu untuk melarutkannya.
  3. Pukul kuning telur dengan gula menggunakan garfu sahaja. Tuang ke dalam susu hangat tadi dan kacau lagi. Tuang pula tepung jagung dan kacau sebati sampai likat. Masukkan perisa strawberry.
  4. Setelah likat, tutup api dan biarkan adunan mencapai suhu bilik, baru dimasukkan ke dalam peti sejuk (bahagian beku). Biarkan semalaman.
  5. Selepas semalaman, pukul whipping krim sampai kembang dan gebu macam buih.
  6. Kemudian keluarkan ais krim yang sudah beku dan aduk dengan sudip plastik atau kayu.
  7. Kemudian pukul dengan electric mixer sampai gebu.
  8. Masukkan whipping cream yang sudah dikembangkan tadi dan pukul sampai sebati dan gebu.
  9. Campurkan buah strawberry yang dicincang halus dan aduk dengan sudip plastik atau kayu sekali lalu.
  10. Masukkan semula ke dalam tempat dingin beku dan biarkan beberapa jam. Baru boleh dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.