Monday, November 19, 2012

Kuih Seri Muka

Bahagian Bawah - Pulut
Bahan2nya:
250gm beras pulut - cuci dan rendam 30 - 60 minit, kemudian toskan
200ml santan cair*
1/3 camca teh garam*
1/2 camca besar minyak masak*
1 helai daun pandan - disimpul
Semua bahan bertanda * disatu dan dikacau rata

Bahagian Bawah - Pulut
Cara2nya:
  1. Panaskan kukusan sehingga air mendidih. Masukkan pulut dan semua bahan ke dalam loyang. Kacau rata.
  2. Kukus pulut sehingga masak selama 20 - 30 minit.
  3. Bila pulut dah masak, sejukkan sebentar. Kemudian tekan pulut sehingga padat dan rata.
  4. Ketepikan pulut dan sediakan bahan untuk lapisan atas. 

Bahagian Atas - Lapisan Hijau
Bahan2nya:
60gm tepung gandum
1 ½ camca besar tepung jagung
90gm gula pasir
2 biji telur
1/3 camca teh garam
375ml pati santan*
4 helai daun pandan*
1 camca teh pandan paste
Semua bahan bertanda * dikisar dan ditapis

Bahagian Atas - Lapisan Hijau
Cara2nya:
  1. Masukkan kesemua bahan di dalam satu bekas. Kacau dengan menggunakan whisk. Kalau tak ada whisk, gunakan senduk pun boleh.
  2. Ketika mengacau, tekan belakang senduk ke arah dinding bekas supaya bahan yang berketul menjadi sebati.
  3. Bila dah sebati dan gula pun larut, tapis kemudian masukkan bahan ke dalam loyang yang berisi pulut.
  4. Sebelum tu, cakarkan bahagian atas pulut dengan garpu supaya lapisan atas dan bawah akan melekat bila masak. 

Tips Ketika Mengukus:
  1. Panaskan kukusan 15 minit sebelum loyang dimasukkan.
  2. Balut penutup kukusan dengan tuala atau kain tebal untuk mengelakkan titisan wap jatuh ke atas permukaan kuih. Pastikan penutup ditutup rapat.
  3. Masak dengan api sederhana besar.
  4. Kukus selama 50 minit atau satu jam.
  5. 15 minit terakhir. Bolehlah periksa dengan mencucuk bahagian kueh dengan lidi. Sekiranya lidi tidak melekat dengan bahagian yang berwarna hijaumaksudnya kuih tadi dah masak.

Tips Untuk Memotong:
  1. Biarkan kuih sejuk 2 - 3 jam sebelum dipotong.
  2. Gunakan pisau yang bersaiz kecil.
  3. Celupkan pisau ke dalam air dan potong mengikut saiz yang dikehendaki. Sekiranya ada pulut yang melekat di pisau. Buangkan. Celup pisau ke dalam air lagi dan sambung memotong kembali sehingga selesai.

** Gunakan spring form cake tin. Tujuannya supaya kuih mudah dikeluarkan apabila telah siap disejukkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.