Saturday, July 30, 2011

Ayam Perchik Kelantan

Bahan2nya:
1 ekor ayam (dipotong 4 @ 8)
3 inci halia - dikisar
3 batang serai - 2 btg dikisar (1 btg dititik utk diletak dlm kuah)
1 biji bawang besar - dikisar
10 biji buah keras - dikisar
3 ulas bawang putih  - dikisar

2 cm kunyit hidup  - dikisar @ 1 s/k serbuk kunyit (skip kunyit jika mahu versi putih)
Sedikit cili kering - dikisar halus (skip kunyit jika mahu versi putih)
Santan dr. 1 biji kelapa @ 1 paket santan
1/3  cawan tepung beras (bancuh ngan air.. lebihkan tepung jika mahu kuah lebih)
1 - 2 keping asam gelugor @ asam keping
Garam & gula secukup rasa.

Cara-caranya:
1.       Bahan2 yg dikisar dicampur bersama dalam periuk dgn santan & tepung beras yg telah dibancuh dgn air tadi.
2.       Bahagikan kepada dua bahagian.
3.       Untuk kuah, dimasak dengan api yang sederhana sambil dikacau kemudian masukkan asam keping, 1 btg serai yg dititik, garam dan gula secukup rasa (jika suka manis lebihkan gula).
4.       Untuk perapan ayam, ayam diperap dgn bahan selebihnya dlm ½ -1 jam dan boleh dipanggang guna api arang (lagi sedap), dlm oven atau masukkan dlm non stik frying pan tertutup.
5.       Masak dalam kurang dari sejam (bergantung jika mahu dgg agak lembut.. lebihkan masa).

Nota:
Percikkan sedikit minyak dgn serai utk garingkan ayam semasa dibakar.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.