Bahan-bahan:
350gm coklat masakan hitam
150ml anchor whipping cream
Cara-caranya:
- Hiris atau potong kecil-kecil coklat masakan agar mudah dicairkan. Manakala butter, sekiranya baru keluar dari peti ais, potong ia menjadi lebih kecil. Namun lebih baik jika dibiarkan butter cair/ lembut dengan sendirinya di luar peti ais sebelum digunakan.
- Didihkan air dalam periuk yang sesuai. Bila air dah mengelegak, letak bekas tahan panas yang mengandungi whipping cream. Panaskan whipping cream sehingga ia berbuih kat tepi bekas.
- Masukkan coklat masakan & butter. Kacau menggunakan sudu atau whisk sehingga ia menjadi cair, likat dan licin. Biarkan ia suam dan bolehlah dituang ke atas permukaan kek coklat.
Nota:
Kaedah double boil ni bagus sebab ia boleh mengelakkan pemanasan secara terus yang boleh membuatkan coklat kita hangus.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.