Wednesday, September 14, 2011

Kek Coklat Kukus


Bahan-bahan Kek Coklat Kukus:
2 ½ cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko Van Houten
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
 (bahan-bahan di atas hendaklah diayak sekali supaya kesemuanya sebati)
1 cawan minyak masak
1 cawan gula (dikisar halus)
3 biji telur ayam
1 cawan susu pekat manis
1 cawan air panas (mendidih)
Sedikit minyak masak (untuk melengser acuan kek)
Kertas Minyak (mesti letak, klau x nnt kek melekat walaupun dah lengser acuan dgn minyak masak)

Cara-caranya: 
  1. Masukkan minyak & gula yg telah dikisar halus ke dalam bekas. Pukul sehingga gula betul2 hancur. 
  2.  Masukkan telur satu persatu & pukul hingga kembang. Ingat jangan pukul terlalu lama sangat, nanti kek akan jadi bantat. 
  3. Kemudian barulah masukkan tepung gandum yang sudah diayak bersama serbuk koko, soda bikarbonat & baking powder sedikit demi sedikit sehingga habis. Ingat.. kacau dengan menggunakan whisk. Pastikan adunan tadi rata & tidak berketul2. 
  4.  Campurkan susu pekat ke dalam adunan dan kacau guna whisk aje. 
  5. Masukkan air panas ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati. 
  6. Tuang adunan ke dalam acuan kek yang sudah dilengserkan dengan sedikit minyak masak & dialas dgn kertas minyak. Balut penutup kukusan dgn kain tuala supaya air kukusan tidak menitik ke dalam adunan kek tadi. 
  7. Kukus selama 60 minit dengan menggunakan api sederhana.
  8. Bila dah masak, sejukkan kek coklat pada suhu bilik.

Nota:
Masa kukusan bergantung pada ketebalan adunan kek. Untuk memastikan yang kek tadi sudah masak, cucuk kek dengan menggunakan lidi.  Jika lidi tadi bersih selepas dikeluarkan, maknanya kek sudah masak. Tetapi jika ada aduan kek yang melekat di lidi, maknanya kek belum cukup masak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.