Monday, September 19, 2011

Kek Coklat Kukus Dgn. Topping Coklat Ganache

Bahan-bahan Kek Coklat Kukus:
2 ½ cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko Van Houten
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
 (bahan-bahan di atas hendaklah diayak sekali supaya kesemuanya sebati)
1 cawan minyak masak
1 cawan gula (dikisar halus)
3 biji telur ayam
1 cawan susu pekat manis
1 cawan air panas (mendidih)
Sedikit minyak masak (untuk melengser acuan kek)
Kertas Minyak (mesti letak, klau x nnt kek melekat walaupun dah lengser acuan dgn minyak masak)

Cara-caranya: 
  1. Masukkan minyak & gula yg telah dikisar halus ke dalam bekas. Pukul sehingga gula betul2 hancur. 
  2. Masukkan telur satu persatu & pukul hingga kembang. Ingat jangan pukul terlalu lama sangat, nanti kek akan jadi bantat. 
  3. Kemudian barulah masukkan tepung gandum yang sudah diayak bersama serbuk koko, soda bikarbonat & baking powder sedikit demi sedikit sehingga habis. Ingat.. kacau dengan menggunakan whisk. Pastikan adunan tadi rata & tidak berketul2. 
  4. Campurkan susu pekat ke dalam adunan dan kacau guna whisk aje. 
  5.  Masukkan air panas ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati. 
  6.  Tuang adunan ke dalam acuan kek yang sudah dilengserkan dengan sedikit minyak masak & dialas dgn kertas minyak. Balut penutup kukusan dgn kain tuala supaya air kukusan tidak menitik ke dalam adunan kek tadi.
  7. Kukus selama 60 minit dengan menggunakan api sederhana. 
  8.  Bila dah masak, sejukkan kek coklat pada suhu bilik.

Bahan-bahan Topping Coklat Ganache:
350gm coklat masakan hitam
1 sudu besar butter cair
150ml anchor whipping cream

Cara2nya:
  1. Hiris atau potong kecil-kecil coklat masakan agar mudah dicairkan. Manakala butter, sekiranya baru keluar dari peti ais, potong ia menjadi lebih kecil. Namun lebih baik jika dibiarkan butter cair/ lembut dengan sendirinya di luar peti ais sebelum digunakan. 
  2.  Didihkan air dalam periuk yang sesuai. Bila air dah mengelegak, letak bekas tahan panas yang mengandungi whipping cream. Panaskan whipping cream sehingga ia berbuih kat tepi bekas. 
  3.  Masukkan coklat masakan & butter. Kacau menggunakan sudu atau whisk sehingga ia menjadi cair, likat dan licin.
  4.  Biarkan ia suam dan bolehlah dituang ke atas permukaan kek coklat. Hiaslah kek coklat tadi dengan coklat rice, parutan coklat masakan & buah strawberi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.