½ biji bawang besar - dipotong nipis membujur
3 biji telur
Cara2nya:
- Campurkan kesemua bahan & kacau.
- Buat seperti telur dadar biasa. Ketepikan.
Bahan Utk. Kuah:
2 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
½ biji tomato - dipotong dadu
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
1 sudu teh sos ikan
2 sudu besar sayur campur dalam peket (karot, kacang peas dan jagung)
½ biji bawang besar - dihiris bulat
Gula secukup rasa
Cara2nya:
- Panaskan 2 sudu besar minyak dalam periuk. Tumis bawang hingga wangi.
- Masukkan cili kisar dan tomato. Masak hingga tomato hancur.
- Masukkan sayur campur, bawang yang dipotong bulat, sos cili dan sos ikan.
- Masukkan ¼ cawan air.
- Masukkan sedikit gula dan masak hingga kuah pekat dan sayur empuk.
- Tutup api dan tuangkan kuah ke atas telur dadar.
Nota:
Jika menggunakan sos ikan, tak perlu letak garam lagi kerana sos ikan dan telur dadar dah masin.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.