Thursday, November 03, 2011

Nasi Ayam Ipoh

Bahan-bahan (Utk. Sekeluarga)
:: BAHAN NASI ::
4 cawan beras
Air  rebusan ayam secukupnya (saya guna sukatan mcm msk nasi biasa)
2 inci halia* - dikisar
3 ulas bawang putih* - dikisar
3 helai batang daun bawang (ambil bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
2 helai daun pandan
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar mentega 
1 sudu besar minyak bijan
Sedikit serbuk pewarna kuning

:: BAHAN AYAM ::
1 ekor ayam
3 ulas bawang putih* - dikisar
1 inci halia* - dikisar
5 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cuka

:: BAHAN SUP ::
Air secukupnya
3 ulas bawang putih - diketuk
3 inci halia - diketuk
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang - dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar serbuk  pati ayam tumix
Garam secukup rasa

:: BAHAN CILI :::
3 biji cili burung merah - dikisar
5 biji cili merah - dikisar
Sedikit halia - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
Sedikit jus limau nipis/ kasturi
Sedikit air dari air rebusan ayam
Garam dan gula secukupnya

:: BAHAN KICAP ::
5 biji cili burung hijau - dikisar
Sedikit halia - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
Kicap lemak manis secukupnya
Air rebusan ayam secukupnya
Sedikit tepung jagung dicampurkan dgn sedikit air (utk pekatkan kuah kicap)

:: BAHAN HIASAN ::
Tomato, daun salad, timun, daun sup dan daun bawang.

Cara2nya: 
1.       Mula2 buat air rebusan ayam (bahan2 dalam sup).
2.       Masukkan semua bahan kecuali sengkuang, serbuk pati ayam, garam dan serbuk lada sulah. Tutup periuk dan masak sehingga mendidih.
3.       Selepas air mendidih, masukkan ayam dan biarkan ia masak selama 10-15 minit.
4.       Selepas 10-15 minit, angkat ayam tadi dan toskan.

Method Untuk Nasi
1.       Mula2 masukkan mentega dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah dikisar sampai naik bau.
2.       Kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan.
3.       Kacau2 sekejap, kemudian masukkan beras, sedikit garam, sedikit pewarna kuning dan air rebusan ayam. Biarkan hingga nasi masak.

Method Untuk Ayam
1.       Ayam yg telah ditoskan tadi di masukkan ke dalam satu mangkuk besar. Masukkan bahan* yg telah dikisar dan semua bahan2 lain. Gaul rata dan perapkan selama ½ jam.
2.       Selepas ayam diperap, bolehlah digoreng. Jangan goreng terlalu lama, agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman sikit boleh diangkat terus.

Method Untuk Cili
1.       Campur kesemua bahan dan masak sampai mendidih.

Method Untuk Kicap
1.       Campur kesemua bahan kecuali air tepung jagung. Masak sampai mendidih.
2.       Kemudian masukkan sedikit air tepung jagung untuk pekatkan kuah kicap. Kepekatan kuah kicap bergantung kepada citarasa masing2.

Method Untuk Sup
1.       Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. Kalau air rebusan dah berkurangan bolehlah dicampur dengan air biasa.
2.       Masak sehingga mendidih.
3.       Perasakan sup dengan serbuk pati ayam tumix dan garam.
4.       Selepas semua dah masak, boleh la dihidangkan.
5.       Cara penyediaannya, timun dan tomato dipotong nipis2. Daun sup dan daun bawang dipotong halus dan dimasukkan ke dalam sup tadi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.