Saturday, December 10, 2011

Cucur Bilis Kembung

Bahan2nya:
300g tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil yis mauripan
½ cawan ikan bilis
1 labu bwg besar
2 pokok daun bawang @ daun kucai jika suka
1 ½ cawan air
taugeh jika suka
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit

Cara2nya:
1.       Blender bilis, telur, bawang dan air hingga semua hancur.
2.       Gaul tepung dan yis sekejap, masukkan semua bahan dan gaul rata.
3.       Perapkan sekejap lebih kurang 30 minit.
4.       Jemput2kan dan goreng.
5.       Cucur ni lembut dan bulat2. enak dicicah sos cili.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.