1500 ml air
200 gm gula pasir
3 gm serbuk jelly konyaku atau 6 gm serbuk jeli kalau nak dadih sedikit keras
100 gm susu cair
Sekeping asam keping/ asam gelugor
1 sudu teh strawberry emulco
1 sudu teh jagung emulco
1 sudu teh coklat emulco
Cara2nya:
1. Satukan semua bahan-bahan kecuali asam keping dan perisa ke dalam periuk. Kacau dengan whisk hingga benar-benar sebati.
2. Masukkan asam keping dan masak atas api sederhana sambil dikacau.
3. Matikan api bila serbuk jeli dan gula betul2 hancur. Tapis adunan dan bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Tambahkan perisa dan kacau rata.
4. Tuangkan adunan ke dalam bekas2 kecil atau yang bersesuaian.
5. Sejukkan.
Nota:
Perisa dadih bergantung kepada citarasa masing2.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.