::Bahan A::
½ cawan gula pasir - akak guna ¼ cawan je
½ cawan gula merah
1 ½ cawan tepung beras - akak guna tepung beras cap bunga teratai
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu teh air kapur
Daun pandan - disimpul
::Bahan B::
Kelapa parut putih digaul dengan secubit garam - dikukus sekejap supaya tak cepat basi.
Cara2nya:
1. Masak gula pasir, gula merah, 1 cawan santan & daun pandan hingga gula larut sepenuhnya.
2. Tutup api & biar air gula sejuk.
3. Dalam bekas lain, satukan tepung beras, tepung ubi, 1 cawan santan & air kapur. Kacau sebati.
4. Masukkan air gula yang dah sejuk tadi dan gaul sebati.
5. Tapiskan adunan.
6. Tuang adunan dalam acuan lompang yg telah disapu dgn sedikit minyak dengan menggunakan tisu dapur (tisu yg kita guna tuk toskan makanan bergoreng).
7. Kukus selama 12 minit menggunakan api kecil. Kuih lompang sepatutnya berlubang kt tengah apabila dah masak.
8. Hidangkan bersama kelapa parut yang sudah dikukus.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.