Monday, December 05, 2011

Pajeri Nenas

Bahan2nya:
1 biji nenas - dipotong kecil
5 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
6 sudu besar rempah kari daging - digaul dengan sedikit air
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar gula
1 sudu besar udang kering
50 ml santan
Sedikit air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara2nya:
1.       Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan2 yang dikisar sehingga berbau wangi.
2.       Masukkan rempah kari daging dan kacau rata sehingga rempah pecah minyak.
3.       Selepas itu masukkan sedikit air, udang kering, kerisik dan nenas. Kacau supaya rempah tidak melekat pada periuk.
4.       Masukkan santan, garam dan gula.
5.       Masak hingga kuah pekat dan naik minyak.

Nota:
Selain daripada nenas, terung panjang, terung peparu, mangga atau buah kedondong juga boleh digunakan untuk masakan pajeri.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.