Saturday, January 28, 2012

Cucur Badak

Bahan2nya:
::Adunan Keledek::
2 biji keledek oren - direbus sampai empuk, kemudian toskan dan dilecek
Tepung gandum secukupnya - kalau nak tokok sedikit tepung ubi pun boleh
* satukan kedua -dua bahan ini,dan uli sehingga menjadi doh( yang paling elok.. tak melekat kat tangan bila nak mengentel nanti)

::Inti::
8 batang serai - dihiris & ditumbuk halus
1 ½ peket udang kering - ditumbuk halus
½ labu bawang besar - ditumbuk halus
3 ulas bawang putih - ditumbuk halus
Sedikit kunyit serbuk
1 biji kelapa parut - yang putih
1 senduk cili kering yang diblender
Gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara2 memasak intinya:
1.       Panaskan sedikit minyak ke dalam kuali. Kemudian tumiskan bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau/garing sedikit.
2.       Bila dah garing, masukkan cili blender tadi dan masak hingga rempah tadi sebati.
3.       Kemudian bolehlah dimasukkan kelapa putih, garam & gula. Gaulkan hingga sebati dan biarkan inti tadi masak.
4.       Agak-agak intinya dah betul-betul masak,cukup ras, tutup api dan biarkan sejuk seketika.

Cara membuat cucur badak:
1.       Sama macam buat kuih karipap. Cuma kena bentuk bulat dan leperkan sedikit.
2.       Letak udang di atasnya. Buat sampai adunan keledek tadi habis.
3.       Lepas kesemua adunan keledek tadi habis.. bolehlah digoreng.
4.       Ingat.. sentiasa balik-balikan semasa mengorengnya agar tak mengerutu.
5.       Bila dah nampak garing, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.