1 ½ cawan tepung gandum
½ cawan gula pasir
1 cawan air pandan - dikisar dr 5 helai daun pandan dengan 1 cawan air- tapis dan sukat 1 cawan
½ sudu teh air kapur cair
Sedikit pewarna hijau
1 cawan kelapa parut putih - digaul dengan sedikit garam dan dikukus sekejap
Cara2nya:
1. Campurkan air pandan, gula, tepung dan air di dalam mangkuk. Gaul rata menggunakan 'whisk' hingga gula hancur. Tambahkan sedikit pewarna hijau ikut citarasa.
2. Masukkan air kapur dan gaul rata.
3. Panaskan pengukus dan sediakan Loyang 20 cm (tak perlu dilengser).
4. Tapiskan adunan ke dalam loyang dan kukus kuih selama 20 - 30 minit. Untuk mengelakkan air masuk ke dalam loyang, tutup loyang dengan aluminium foil atau tutup penutup pengukus dgn tuala dapur, ketika mengukus.
5. Apabila kuih masak, keluarkan daripada pengukus dan sejukkan sebelum dipotong. Boleh juga disimpan di dalam peti ais agar cepat sejuk.
6. Potong kuih dan gaul dengan kelapa parut yang telah digaul dengan garam. Sedia dihidang.
Nota:
Jika loyang tidak ditutup, cedok lebihan air yang bertakung di atas kuih, sebaik dikeluarkan daripada pengukus.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.