Wednesday, February 22, 2012

Fruit Tart

Bahan2nya:
:: Kulit Tart ::
150 gm tepung halus (tepung gandum pun ok)
25 gm gula aising - diayak
70 gm mentega sejuk - didadu kecil
1 biji telur - dipukul sedikit
½ sudu teh esen vanilla
Acuan tart

:: Kastard ::
1 cawan susu segar
1 ½ sudu besar tepung kastard
1 ½ sudu besar gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar mentega

:: Bahan2 Lain ::
Buah strawberry segar secukupnya - dipotong kecil
Buah kiwi secukupnya - dipotong kecil
Buah peach (dlm tin) secukupnya - dipotong kecil
Sedikit coklat susu - dicairkan (cooking chocolate pn boleh)
Piping jelly

Cara2nya:
:: Kulit Tart ::
  1. Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk hingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti, guna hujung jari saja. Tuang esen vanilla dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Rehatkan sekejap.
  2. Sediakan acuan tart, ambil doh tadi sebesar duit 20 sen dan tekan dalam acuan tart dan bentukkan mengikut acuan tadi dan potong lebihan dengan menggunakan pisau supaya kulit tart lebih kemas.
  3. Buat hingga siap, cucuk sikit degan garfu pada dasar doh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 1800C selama 25 minit.
  4. Biar sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan tart. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.

:: Kastard ::
  1. Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla, dalam periuk. Kacau dengan whisk hingga semua sebati.
  2. Masak atas api kecil hingga kastard pekat, kacau selalu.
  3. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega.
  4. Kacau rata dan ketepikan sebentar, biar sejuk sedikit.

:: Fresh Fruit Tart ::
  1. Buah strawberry dipotong 2 atau ikut saiz kulit tart, begitu juga buah kiwi dan buah peach.
  2. Ambil satu kulit tart, sapu sedikit coklat cair pada dasarnya, kemudian sudukan kastard ½ penuh.
  3. Susun buah strawberry, kiwi dan peach tadi. Beruskan dengan sedikit piping jelly pada permukaan buah dan tepi kulit tart agar Nampak berkilat.
  4. Buat kaedah sama untuk baki kulit tart dan buah2an segar tadi. Boleh hidangkan.

Nota:
Tujuan menyapu coklat cair ialah bagi mengelakkan kulit tart menjadi lemau terkena kastard dan jus dari buah2an segar tadi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.