Monday, February 13, 2012

Ikan Haruan Bakar

Bahan2nya:
1 ekor ikan haruan - disiang dan dibersihkan
1 cm kunyit hidup - dikisar
1 batang serai - dikisar
1 sudu teh garam
1 sudu teh lada hitam
Sedikit helaian daun kunyit - membalut ikan

Bahan Air Asam:
1 genggam asam jawa - diperah
1 cawan air
5 tangkai cili padi - dihiris
1 biji bawang besar - dipotong dadu
Garam secukup rasa

Cara2nya:
  1. Perapkan ikan dengan bahan yang dikisar, lada hitam dan garam selama 1 jam. Selepas itu balut ikan dengan daun kunyit dan dibakar sehingga masak.
  2. Sementara itu ambil perahan air asam dan masukkan bawang, cili padi dan garam secukup rasa.
  3. Setelah itu bolehlah ikan dihidangkan panas bersama sambal air asam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.