Tuesday, February 14, 2012

Nasi Dagang Kelantan

:: Nasi Dagang ::
Bahan2nya:
½ kg beras nasi dagang
1 genggam beras pulut
3 ulas bawang merah - dihiris nipis
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
1.5 inci halia - dihiris nipis
¾ cawan pati santan
½ sudu besar garam
2 sudu kecil halba
Cara2nya:
  1. Beras nasi dagang dan beras pulut disatukan dan dibasuh. Rendamkan semalaman.
  2. Kukus beras nasi dagang selama 40 minit sehingga masak/lembut.
  3. Selepas 40 minit kukusan, angkat bekas pengukus. Keluarkan nasi dagang dan masukkan kedalam mangkuk besar.
  4. Masukkan santan yang dah dicampur dengan garam, bahan-bahan yang dihiris nipis dan biji halba. Gaul sehingga sebati.
  5. Masukkan semula dalam bekas kukusan dan kemudian kukus semula dalam 10 - 15 minit. Apabila sudah masak, angkat.


:: Gulai Ikan Tongkol ::
Bahan2nya:
1 ekor ikan tongkol saiz sederhana besar* - dipotong2 dan dibersihkan
5 keping asam keping*
Garam secukupnya*
(** bahan2 bertanda * direbus dan disimpan semalaman sebelum digulai)
3 sudu besar cili boh
½  liter santan pekat
2 sudu besar gula merah
1 sudu besar kerisik
1 bungkus rempah kari ikan
½ cawan air asam jawa
Minyak untuk menumis
Cili api dan belimbing buluh

Bahan2 Kisar:
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
5 ulas bawang kecil
1 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit

Cara2nya:
  1. Ikan direbus dgn garam dan asam keping dgn sedikit air hingga kering. Seelok2nya disimpan satu malam.
  2. Tumiskan bahan dikisar sehingga wangi. Masukkan cili dan rempah yang dibancuh dengan sedikit air asam jawa. Biarkan garing.
  3. Masukkan santan, gula merah dan garam. Kacau sehingga mendidih.
  4. Apabila mendidih baru masukkan ikan dan kerisik . Biarkan api perlahan-lahan sehingga gulai pecah minyak.
  5. Sebelum diangkat, perasakan garam dan masukkan cili padi dan belimbing buluh.


:: Acar Mentah ::
Bahan2nya:
1 batang timun - dipotong 2 inci panjang
1 batang lobak merah - dipotong 2 inci panjang
1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau - dipotong 2 inci panjang
1 labu bawang besar - dibelah 2 dan dihiris nipis
½ cawan cuka
2 sudu besar gula
Garam
Air kapur secukupnya untuk merendam sayur sebelum dibuat acar, agar sayur kekal rangup.

Cara2nya:
  1. Timun dipotong 2 inci dan buangkan biji tengahnya. Potong halus seperti batang mancis.
  2. Lobak merah, cili merah dan cili hijau hiris seperti timun juga.
  3. Bawang besar dibelah 2 dan hiris nipis.
  4. Rendamkan semua bahan yang dihiris dalam bekas besar yang berisi air kapur selama 30 minit. Tapiskan dan biarkan sehingga kering.
  5. Gaulkan gula, garam dan sedikit cuka sehingga sebati.
  6. Masukkan semua bahan dalam bancuhan cuka. Gaul rata.
  7. Hidangkan bersama nasi dagang, gulai ikan tongkol dan telur rebus.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.