Friday, February 24, 2012

Sambal Tumis Udang dan Petai

Bahan2nya:
20 ekor udang sederhana besar - dikerat muncungnya sahaja dan dibersihkan
2 senduk cili kering kisar
Petai - dikopek dan dibelah 2
2 labu bawang besar - sederhana besar
3 ulas bawang putih
1½ inci belacan
½ cawan air asam jawa
1 sudu kecil
Garam secukup rasa

Cara2nya:
  1. Kisar bawang merah dan bawang putih bersama belacan hingga halus.
  2. Panaskan kuali, masukkan minyak. Bila minyak dah panas, masukkan petai yang telah dikopek dan belah dua. Golek2 hingga separuh masak dan keluarkan.
  3. Masukkan pula bahan kisar dan goreng hingga garing.
  4. Masukkan cili kisar dan perlahan api. Masak hingga terbit minyak.
  5. Masukkan sedikit air dan masak lagi hingga bahan2 tadi benar2 garing.
  6. Masukkan air asam jawa dan besarkan api.
  7. Masukkan udang, goreng pantas2 selama dua minit. Masukkan pula petai, gula dan garam.
  8. Jangan masak terlalu lama. Rasa dan padamkan api. Kalau masa terlalu lama udang jadi keras.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.