Friday, March 02, 2012

Ayam Masak Merah Ala Kenduri

Bahan2nya:
1 ekor ayam - dipotong dan dibersihkan
½ botol sos tomato
2 senduk cili kisar
3 ulas bawang putih - dikisar
3 ulas bawang merah - dikisar
1 inci halia - dikisar
2 batang serai - diketuk
1 kulit kayu manis
1 sudu kecil buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 cawan air - untuk kuah
1 labu bawang besar - dihiris bulat
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara2nya:
  1. Ayam digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan goreng separuh masak dan ketepikan.
  2. Panaskan kuali dengan lebihan minyak menggoreng ayam tadi, tumis bawang putih, bawang merah dan halia.
  3. Bila dah wangi, masukkan cili kisar tadi dan kacau. Masukkan serai, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Kacau dan biarkan cili naik minyak dan garing.
  4. Masukkan air dan kacau. Kalau suka kuah lebih oleh ditambah lagi air. Kacau sebentar.
  5. Masukkan sos tomato tadi dan kacau hingga pekat.
  6. Perasakan garam dan gula.
  7. Bila dah pekat masukkan bawang besar yang dihiris bulat dan ayam goreng tadi. Kacau hingga ayam sebati dengan kuah. Kalau nak letak kacang pis pun boleh juga.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.