Monday, December 17, 2012

Roti Sardin Gulung

Bahan2nya:
Roti sandwich secukupnya
1 tin Sardin ayam brand - diasingkan sos dan isinya
Bawang besar - dicincang halus
Sedikit Cili merah - dicincang halus
Cili padi - blh letak jika suka pedas
1 biji telur - dipukul 
2 sudu kecil jus limau kasturi
1 sudu kecil sos sardin yang diasingkan tadi
Garam & gula secukup rasa


Cara2nya:
  1. Untuk mengelakkan minyak meresap ke dalam roti sewaktu digoreng, roti sandwich hendaklah dilenyekkan dengan kayu pengelek.
  2. Ikan sardin dibelah 2 dan dibuang lendir berwarna hitam serta tulang, dihancurkan kemudian gaul dengan 1 sudu kecil sos sardin, bawang, cili merah, jus limau, garam dan gula.
  3. Kemudian, letakkan campuran sardin ke atas roti dan digulung.
  4. Kemudian lekatkan hujung roti yang digulung tadi dengan telur.
  5. Ulang langkah 3 dan 4 sehingga siap.
  6. Goreng dengan minyak yang banyak (deep fry). Api jangan terlalu panas kerana roti akan cepat menjadi hangus .
  7. Masakkan sebentar kemudian toskan roti sardin.
  8. Sedap dicecah bersama sos cili thai dan mayonis .

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.