Tuesday, December 18, 2012

Set Chicken Chop & Sos Lada Hitam

Chicken Chop
Bahan2 Perap (Untuk hidangan 2 Orang):
2 peha ayam + tight - buang tulang @ debone
Sedikit Sos Lee n Perrin - untuk disapu pada ayam
Sedikit Kicap cair
Sedikit lada hitam
Sedikit garam

Untuk Coating:
1 biji telur
Tepung serbaguna
Breadcrumbs/serbuk roti

Cara2nya:
  1. Gaul ayam yang telah didebone tadi dengan semua bahan2 perap & perap lebih kurang 3 jam.
  2. Selepas 3 jam atau nak kurang atau nak lama pun sedap, lap kembali ayam tu kering2 menggunakan kitchen paper, selepas itu salut ayam tadi dgn tepung, kemudian telur dan golekkan atas serbuk roti, pastikan keseluruhan ayam disaluti dgn serbuk roti.
  3. Kemudian goreng dlm minyak yg byk, pastikan api jgn besar sgt agar ayam tersebut masak dengan sekata.
  4. Bila dah kekuningan warna Chicken Chop tu angkat dan ketepikan dahulu.

Sos Lada Hitam
Bahan2nya:
1 labu bawang besar - potong dadu
3 sudu besar lada hitam - kisar halus
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap pekat
Sedikit serbuk pati ayam @ daging lembu
1 cawan air
1 sudu besar tepung jagung - dibancuh bersama ½ cawan air
2 sudu besar susu cair @ susu segar dutch lady
1 sudu besar butter - untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Cara2nya:
  1. Panaskan butter dan tumis bawang besar sampai layu.
  2. Masukkan serbuk pati ayam @ daging lembu yang dibancuh dengan 1 cawan air.
  3. Masak hingga kuah agak pekat, masukkan sos tomato, lada hitam, kicap dan tepung jagung. Kacau dan masak hingga agak pekat sikit.
  4. Masukkan susu cair, kacau rata.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.

Coleslaw
Bahan2nya:
Sedikit kobis bulat
Sedikit lobak merah - dihiris halus
Sedikit bawang besar - didadu halus
Sedikit cuka makan
Sedikit gula
Garam secukup rasa
Mayonnaise Lady's Choice secukupnya

Cara2nya:
  1. Kobis dihiris halus, cuci dan toskan gaul dengan cuka makan dan gula. Perap selama 30 minit. Kemudian, perah dan letak dalam bekas.
  2. Satukan dengan bawang dan lobak merah tadi, gaul rata.
  3. Tambah mayonnaise secukupnya dan perasakan dengan sedikit garam & gula.
  4. Hidangkan dingin.

Nota:
Hidangkan bersama2 kentang goreng.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.