Tuesday, January 01, 2013

Grilled Chicken Chop

Grilled Chicken
Bahan2nya:
4 peha ayam + tight - buang tulang @ debone
1 sudu besar lada hitam - ditumbuk
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu makan kicap masin
1 sudu makan jus limau
1 sudu besar jus halia - 1 inci halia ditumbuk dan perah jusnya ke dalam ayam
1 sudu kecil serbuk ayam - granulled chicken stock

Cara2nya:
  1. Satukan semua bahan hingga rata.
  2. Perap ayam dalam peti sejuk selama beberapa jam. Seelok2nya perap semalaman.
  3. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bakar di atas kuali non-stick.
  4. Balik2kan ayam hingga masak dan bolehlah diangkat.


Sos Lada Hitam
Bahan2nya:
1 labu bawang besar - potong dadu
3 sudu besar lada hitam - kisar halus
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap pekat
Sedikit serbuk pati ayam @ daging lembu
1 cawan air
1 sudu besar tepung jagung - dibancuh bersama ½ cawan air
2 sudu besar susu cair @ susu segar dutch lady
1 sudu besar butter - untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Cara2nya:
  1. Panaskan butter dan tumis bawang besar sampai layu.
  2. Masukkan serbuk pati ayam @ daging lembu yang dibancuh dengan 1 cawan air.
  3. Masak hingga kuah agak pekat, masukkan sos tomato, lada hitam, kicap dan tepung jagung. Kacau dan masak hingga agak pekat sikit.
  4. Masukkan susu cair, kacau rata.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.


Coleslaw
Bahan2nya:
Sedikit kobis bulat
Sedikit lobak merah - dihiris halus
Sedikit bawang besar - didadu halus
Sedikit cuka makan
Sedikit gula
Garam secukup rasa
Mayonnaise Lady's Choice secukupnya

Cara2nya:
  1. Kobis dihiris halus, cuci dan toskan gaul dengan cuka makan dan gula. Perap selama 30 minit. Kemudian, perah dan letak dalam bekas.
  2. Satukan dengan bawang dan lobak merah tadi, gaul rata.
  3. Tambah mayonnaise secukupnya dan perasakan dengan sedikit garam & gula.
  4. Hidangkan dingin.

Nota:
Hidangkan bersama2 kentang goreng.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.