Thursday, January 31, 2013

Kek Oren Blended


Bahan2nya:
* 1 biji oren Sunkist - belah, buang putih kat tgh2 & potong kecik2 termasuk kulit.
* 1 cawan minyak masak
* 3/4 cawan gula - boleh kurangkan lagi jika oren tadi manis
* 3 biji telur
* Sedikit pewarna kuning
* Sedikit esen oren
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Cara2nya:
  1. Blender semua bahan2 yang bertanda * sampai halus.
  2. Ayak tepung gandum bersama baking powder & soda bikarbonat.
  3. Campurkan bahan2 yang sudah diblend tadi dengan tepung.
  4. Gaul dengan senduk sehingga tepung tadi x berketul2.
  5. Panaskan oven dengan suhu 170 C - api atas bawah.
  6. Bakar dalam loyang yg dah dilapik kertas minyak & digris selama 30 - 35 minit.

Nota:
Kalau cupcake 15 minit sudah memadai.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.