Wednesday, February 13, 2013

Puding Roti Kismis & Sos Kastard

Bahan2 Puding Roti Kismis: 
3 biji telur
2 sudu tepung kastard
½ cawan susu fresh milk (guna susu dutch lady)
1 tin susu cair gold coin
2 sudu marjerin planta
½ vanilla powder (kalau takde pun xpe)
1 sudu esen vanilla
Roti putih (brand ikut suka)
3 ½ sudu gula (tambah lg jika suka manis)
Kismis hitam

Cara2nya:
  1. Mula2 sapu loyang dengan planta.
  2. Blend telur, tepung kastard, fresh milk, susu cair, vanilla powder, esen vanilla & gula.
  3. Carik-carikkan roti, susun dalam loyang berselang-seli dgn kismis.
  4. Tuangkan bahan yg diblend tadi ke atas susunan roti tadi. Ulang langkah no.3 & no.4 sampai penuh loyang.
  5. Kemudian bakar selama 30 minit.


Bahan2 Sos Kastard:
2 ½ cawan susu segar/susu cair (campurkan kedua2nya)
3 sudu besar tepung kastard
5 sudu gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla 

Cara2nya:
  1. Satukan kesemuanya di dalam periuk. Kacau hingga tepung larut.
  2. Kemudian, panaskan dengan api kecil hingga sos kelihatan pekat.
  3. Tutupkan api dan hidangkan bersama2 puding roti tadi.


Nota:
Kalau nak kukus puding roti, kukus selama sejam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.