Tuesday, November 19, 2013

Red Velvet Moist Kukus

Bahan2nya:
*2 cawan tepung kek/superfine
*2 sudu besar serbuk koko
*1 sudu kecil baking powder
*1 sudu kecil soda bicarbonat
*1 sudu kecil garam
1 cawan buttermilk - resepi di bawah
1 cawan gula halus
1 sudu besar pewarna merah
1 cawan minyak masak
1/2 cawan air panas - tambah 2 sudu besar lagi
2 biji telur A
Esen vanila

Topping
250g cream cheese @ satu ketul
1/2 cawan whipping cream
1/4 cawan gula - tambah 1 sb lagi
1 sudu besar jus perahan lemon

Cara2nya:
  1. Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10 minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4 cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
  2. Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  3. Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
  4. Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45 minit.
  5. Kek ini boleh juga dikukus cuma masa mengukus agak lama sedikit lebih kurang dalam 60 - 70 minit.
  6. Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.
Nota:
Jika ingin mengukus kek, pastikan penutup kukusan dibalut dengan kain tuala kecil supaya wap air tidak jatuh ke dalam adunan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.